Ketahui tugas anda sebagai Pembatu Penilaian

a. Jawatan : Pembantu Penilaian
Gred : W17
Kod Skim : 4901
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Pelbagai Agensi
Jadual Gaji :

P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

Syarat Lantikan:

(i)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;

(Gaji Permulaan ialah pada Gred W17:P1T1); ATAU

(ii)

Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan ialah pada Gred W17:P1T9); DAN

(ii)

kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :

Menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menerima arahan tugas informasi harta tanah, menerima arahan dan menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA