a: Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
b. Gred : N17
c. Kod Skim : 3200
d. Kumpulan : Sokongan
e. Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian/ Jabatan,
Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka,
Pulau Pinang dan Perlis
f. Jadual Gaji :
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Kelayakan

i) SPM atau SPM(V) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari ITM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T6]; atau

iii) Sijil Kejuruteraan (dalam bidang Ukur Tanah atau Perancang Bandar dan Wilayah) dari Politeknik Ungku Omar atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9]; dan

iv) kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

v) Sijil Institut Pertanian serta kepujian B.M. pada peringkat SRP atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T8].

[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas].

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas kecuali B.M.; atau

ii) lulus Peperiksaan Khas.

iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Deskripsi Tugas:

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

2 comments

  1. Anonymous // March 19, 2013 at 1:28 AM  

    Tugas - tugas pembantu tadbir perkeranian / operasi di semu sekolah-sekolah bertambah banyak kadar gaji akan membeban kan pembantu tadbir dalam menghadapi era 2020 kadar gaji tidak mencukupi dan anak- anak kepada pembantu tadbir tidak mampu untuk menanggung kos pengajian anak - anak nya gaji ini akan membuat pembantu tadbir tertekan dengan kos saraan hidup yang tinggi di antara yang serius anak -anak kepada pembantu tadbir yang layak belajar di kolej-kolej atau universiti tidak mampu di tanggung oleh angota kumpulan sokongan , saya terasa amat terkilang dengan pengistiharan Pm kita yang dulu iaitu malaysia berpendapatan tinggi wal hal libelity adalah lebih 3 kali ganda daripada pendapatan gaji . Sesungguh kadar pendapatan kasar pembantu tadbir ada mesti RM3000 gaji pokoknya dan di tampung elaun - elaun yang layak di terima . Saya juga merasakan jurang yang terlalu ketara antara guru lepasan SPM dengan Pembantu Tadbir Lepasan SPM.

    Di sini juga saya nak jelaskan langsung tidak ada sokongan kerajaan untuk pembantu tadbir dalam perkhidmatanyang dapat belaja ke peringkat Universiti dengan bantuan kerajaan khas melalui perkhidmatan. (Tiada apa-apa Universiti yang di jana oleh kerajaan dalam menaik taraf mana-mana pembantu tadbir yang layak di pertimbangkan oleh kerajaan melalui tajaan nya untuk khas penyandang N17 - N22 melalui proses Maktab atau universiti bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan itu sendiri. dan pengelolaan kerajaan kepada angota aks yang di pertimbangkan dan di angkat ke taraf lebih baik atau professional. jelas lah ini membuatkan kelemahan peningkatan golongan pro dalam perkhidmatan menjadi lemah dan lembap.

  2. Anonymous // March 19, 2013 at 1:38 AM  

    Saya berpandangan jauh kepada sektor Perkhidmatan Kerajaan agar dipertingkatkan sektor angota Kumpulan Sokongan Di Terbitkan Kolej atau Universiti yang mana membolehkan aks di jana dan menambah baikkan taraf dan perkhidmatan nya serta menaikkan taraf pendapatan nya . Dalam era ini kita bercakap kepada peningkatan mutu peningkatan pendapatan dan peningkatan kepada quality itu sendiri . walau apapun jika kerajaan memandang remeh dan rendah maka pemangkin perkhidmatan itu sendiri akan menjadi semakin lemah dan mundur serta menghadapi risiko yang lebih serious pada masa akan datang .

    karangan dan pendapat ini di
    sediakan oleh feezzs

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA