a: Jawatan : Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)
b. Gred : N17
c. Kod Skim : 3220
d. Kumpulan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
e. Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian/
Jabatan, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

f. Jadual Gaji :
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Kelayakan

i) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T2]

[Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer]; ATAU

ii) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9]; DAN

iii) kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau

ii) lulus Peperiksaan Khas.

iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Deskripsi Tugas:

Mengambil trengkas, menaip dan menguruskan pergerakan fail.

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA