Maklumat Latihan Jururawat Masyarakat
Latihan Jururawat Masyarakat
Jantina : Perempuan sahaja
Tempoh Latihan : i) 2 tahun 6 bulan (bagi calon Lantikan Terus
ii) 9 bulan (bagi calon KPSL)
Biasiswa Semasa Latihan : RM517.15 sebulan
Kem/Jab : Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan :
i) Kolej Jururawat Masyarakat, Pasir Mas, Kelantan.
ii) Kolej Jururawat Masyarakat, Jerantut, Pahang
iii) Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang, Johor
iv) Kolej Jururawat Masyarakat, Batu Pahat, Johor
v) Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat, Johor
vi) Kolej Jururawat Masyarakat, Port Dickson, Negeri Sembilan
vii) Kolej Jururawat Masyarakat, Kulim, Kedah
viii) Kolej Jururawat Masyarakat, Alor Setar, Kedah
ix) Kolej Jururawat Masyarakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
x) Kolej Jururawat Masyarakat, Serian, Sarawak
xi) Kolej Jururawat Masyarakat, Tawau, Sabah.
Syarat Latihan:
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan Atendan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat Masyarakat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i) mempunyai kelayakan di atas; dan
ii) berumur kurang dari 52 tahun pada tarikh lantikan.
Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Masyarakat, Gred U19.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA
waa..banyak jugak biasiswa yang diberi...