Maklumat Latihan Jururawat Pergigian
a. Latihan Jururawat Pergigian
Jantina : Perempuan sahaja
Tempoh Latihan : 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan : RM621.21 sebulan
Kem/Jab : Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan :
i) Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang
b. Syarat Latihan:
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
c. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat Pergigian apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i) mempunyai kelayakan di para (i) di atas; dan
ii) berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
d. Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Pergigian, Gred U29.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA
0 comments
Post a Comment