Maklumat Latihan Jururawat

a. Latihan Jururawat
Jantina : Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan:
i)3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
ii)1 tahun 6 bulan (bagi calon KPSL daripada Penolong Jururawat)
iii)1 tahun (bagi calon KPSL daripada Jururawat Masyarakat)

Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
i) Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
ii) Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
iii) Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
iv) Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
v) Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
vi) Kolej Kejururawatan Klang, Selangor
vii) Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
viii) Kolej Kejururawatan Melaka
ix) Kolej Kejururawatan Muar, Johor
x) Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
xi) Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
xii) Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
xiii) Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
xiv) Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
xv) Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
xvi) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
xvii) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak

b. Syarat Latihan:
i)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

ii)

Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan

iii) Lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris.

c. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i)

mempunyai kelayakan di para (i) di atas; dan

ii) berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

d. Perhatian:


Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat, Gred U29.

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA