Maklumat Latihan Juruteknologi Pergigian

a. Latihan Juruteknologi Pergigian
Jantina : Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan : 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan : RM621.21 sebulan
Kem/Jab : Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan :
i) Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang

b. Syarat Latihan:
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

c. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Juruteknologi Pergigian apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di para (i) di atas; dan

ii) berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

d. Perhatian:


Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Juruteknologi Pergigian, Gred U29.

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA