MAKLUMAT LATIHAN JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN

a. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Jantina : Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan : 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan : RM621.21 sebulan
Kem/Jab : Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan :
i) Kolej Juruteknologi Makmal Perubatan, Kuala Lumpur
ii) Kolej Kesihatan Bersekutu, Kuching (KSKB), Sarawak

b. Syarat Latihan:
i)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

ii)

lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

c. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknologi Makmal Perubatan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i)

mempunyai kelayakan di para (i) di atas; dan

ii) berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

d. Perhatian:


Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan, Gred U29.

1 comments

  1. terjemahan // May 15, 2011 at 4:40 AM  

    boleh tunjuk ajar cmner nk register utk program latihan nih ?

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA