Filem drama aksi yang sempat aku lihat iklannya dikaca tv rupa-rupanya dah menang award, sewaktu aku lihat iklannya pun aku dah teruja, memang hebat, nak nak pulak Faizal Hussein yang berlakon. Filem ni akan mula di tayangkan di panggung seluruh negara bermula 8 Mac 2012

Anugerah NETPAC (Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) dianugerahkan bagi menggalakkan pawagam-pawagam di Asia mengenengahkan filem-filem yang luar biasa dan berhasrat untuk mencungkil bakat-bakat baru.

Filem Bunohan telah mengadakan tayangan perdana mereka di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September 2011. Festival Filem Taipei Golden Horse dijadikan tayangan untuk tayangan perdana filem Bunohan di peringkat Asia. Bunohan juga telah dipilih oleh Universal Pictures untuk diedarkan di beberapa negara termasuk United Kingdom (UK), Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Filem ini dibintangi pelakon-pelakon yang pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim serta Pekin Ibrahim, dan dibantu oleh Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Jimmy Lor dan Tengku Azura. Filem ini hasil karya dan diarahkan oleh Dain Said. Ia diterbitkan oleh Nandita Solomon. Tim Kwok Entertainment Convergence bertindak sebagai penerbit bersama.

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA