MAHASISWA Antarabangsa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengungguli pertandingan 1 World Culture apabila dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan nyanyian dan tarian yang berlangsung di Kolej Universiti Nilai baru-baru ini.

Lebih membanggakan, paduan suara bagi kategori lelaki, Shehabaddin Galal Hael, dari Yemen turut diumumkan sebagai pemenang bagi kategori iringan iaitu vokal terbaik lelaki.

Dengan kemenangan itu, beliau yang mengalunkan lagu Mimpi Laila membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 bagi kategori solo dan RM1,000 bagi vokal terbaik serta trofi dan sijil penyertaan.

Sementara itu, pasukan tarian UniMAP yang mempersembahkan tarian Endang dan Yashaain turut dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, trofi dan sijil penyertaan.

Tempat kedua menjadi milik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Universiti Teknologi Petronas.

Pengarah Unit Kebudayaan UniMAP, Husna Afifi Mohd. Yusoff berkata, kejayaan yang diraih itu berjaya mengubat kekecewaan pada pertandingan sama yang berlangsung tahun lalu selepas hanya memenangi kategori nyanyian.

berita lanjut

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA