Kalau dibaca cerita dibawah memang ragut dinegara kita ni dah macam tak terkawal,, peragut ni tak fikir ker akibat yang akan menimpa orang yang diragut, tu tak masuk bab kerugian lagi,, pastu kalau kene tangkap ngan orang ramai kan na yer jer kene belasah.. Insaflah

GEORGETOWN: “Jika diikutkan hati, saya mahu cari sendiri dua peragut yang menyebabkan adik saya terlantar di hospital,” kata Azlina Zulkifli, 40, mangsa kejadian ragut di Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini, kelmarin.

Dia berkata, adiknya, Siti Mariam, 25, baru saja menjalani pembedahan lutut dan mengambil cuti sakit sejak pertengahan Oktober lalu selepas terjatuh di tempat kerjanya.


“Akibat kejadian ini, adik saya sekali lagi terpaksa dimasukkan ke wad kerana kaki kirinya pula patah selain muka bengkak selepas terjatuh daripada motosikal dan diseret di atas jalan.

“Saya geram dengan tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.


Menurutnya, ketika kejadian, dia membonceng motosikal ditunggang bersama adiknya sebelum seorang lelaki menarik beg tangan disandangnya. “Peragut cuba tarik, tetapi tali beg terlilit di tangan menyebabkan ia sukar dilepaskan. Berang kerana gagal menarik beg tangan saya, peragut itu bertindak menendang motosikal menyebabkan adik saya tidak dapat mengawal sebelum kami berdua terjatuh,” katanya.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, dua beradik terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jalan Perak, di sini, selepas keluar membayar duit pinjaman rumah.

Menurut Azlina, dia memang mahu melepaskan beg tangannya kerana memikirkan risiko bakal berlaku tetapi disebabkan tali terlilit, sukar untuk melepaskannya hingga menimbulkan kemarahan kepada peragut itu.


“Kami berdua menaiki motosikal ke bank kerana jalan agak sesak. Selepas membayar wang pinjaman rumah, kami bersiar-siar di kawasan terbabit dan ketika itu wang dalam beg saya masih ada RM1,000,” katanya.

Dalam kejadian itu, Azlina yang bekerja sendiri turut mengalami kecederaan di tangan, jari dan kaki akibat terseret atas jalan raya.


Adiknya yang patah kaki dan cedera di muka itu kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), tetapi keadaannya dilaporkan stabil.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

www.hmetro.com.my/articles/2011120304511120111203045111/Article

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA